Berikut adalah PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011 yang menerangkan pelaksanaan Sistem Saraan baru berkenaan.
Disebabkabkan oleh masalah teknikal berpunca dari prasarana yang tidak sempurna dengan ini dimaklumkan bahawa aplikasi berasaskan laman web ini telah dikategorikan sebagai 'DEFUNC'.
Berkemungkinan aplikasi ini akan dibangunkan semula setelah keperluan asas prasarana telah tersedia dan mencukupi
CliKC merupakan aplikasi baru dari WCO bagi mengantikan WCO eLearning.
Pada dasarnya aplikasi baru ini masih menekankan kepada mod pembelajaran secara maya. Penambahan ketara adalah dari segi perkongsian maklumat/modul pembelajaran dari negara lain dan juga perkhidmatan komuniti dikalangan ahli WCO. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui dokumen INI dan INI. Maklumat lanjut berbentuk teknikal pula boleh diperolehi melalui dukumen INI.
Aplikasi ini hanya boleh diakses setelah anda didaftarkan sebagai pengguna. Bagi negara kita (Malaysia), Pn Jaya Subramaniam (AKMAL Melaka) telah diberi GRANT untuk menyelia pendaftaran pengguna CLiKC. Beliau boleh di hubungi melalui Jaya.Subramaniam@customs.gov.my atau tel 06-2331043
Aplikasi berasaskan web ini boleh diakses melalui URL berikut: http://clikc.wcoomd.org/login/
Perkhidmatan eMail AKMAL (akmal.gov.my) akan ditamatkan bermula 1 Ogos 2011. Ianya selaras dengan dasar Jabatan dalam penggunaan perkhidmatan eMail dimana semua warga jabatan dikehendaki menggunakan eMail (customs.gov.my) dalam urusan rasmi.
Bagi tujuan berkenaan pihak jabatan telah menyediakan akaun eMail bagi kakitangan AKMAL Melaka.
Terbitan dari WCO iaitu 'Word Customs Journal' boleh diperolehi melalui menu 'Pusat Sumber'->"Terbitan Berkala'.



